Monday 30 March 2015

Kenapa Ahsanu tetapi tidak Aksaru??

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala 'ali Muhammad..

Apa khabar pembaca budiman? Sihat? Sihat bagaimana? Hanya sekadar fizikal tetapi hati mati atau sihat keduanya? Kalau sihat keduanya, subhanallah.. MasyaAllah... Tapi kalau hanya fizikal yang sihat tetapi hati tidak; apa tunggu lagi. Bangunlah! Cuci hati tu. Clorox sikit:P

Ahsanu bukan Aksaru? Apa tu? Siapa sini belajar Lughatul 'Arabiah? Hihi aku tak :( Yang belajar tu, TAHNIAH! Baiklah.. Aksaru itu terbanyak dan ahsanu itu terbaik. Apa kaitannya? Banyak! Huhuhu. K jom mula :*

Selalu baca al Mulk kan? Sekali tafsir tak? Kkkk takpe.. Malam ni baca, belek tafsir al Mulk ayat kedua yang bermaksud

"Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" -Al Mulk 67:2

Huhu berdasarkan maksud ayat kedua dari surah yang mempunyai 30 ayat ni, para pembaca yang dirahmati Allah perasan tak dengan perkataan TERBAIK. Eh. Bukankah TERBAIK itu AHSANU?

Lihat, betapa Allah menjelaskan tujuannya menghadirkan ujian kepada manusia. Yang mahu Allah adalah Ahsanu bukan Aksaru. K setakat ni dapat tak? Jelas tak mengapa Allah gunakan Ahsanu tetapi bukan Aksaru? K takpa. Teruskan lagi pembacaan..

Kalau kita yang terbanyak itu pasti yang terbaik kan? Yang terbanyak itu dilihat lebih mulia kan?? Tapi itu kita, MANUSIA. Ini Allah..

Apaguna kalau menderma RM1000 kalau hatinya terpaksa dan tidak ikhlas?
Apaguna kalau amal yang dilakukan banyak tetapi niat hati hanya mahu riak?

            


Sekarang bagitahu.. Yang banyak itu terbaik ke?

Wahai para mujahid dan mujahidah sekalian..

Hendak menjadikan amalan itu sebagai amalan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah.. Lebih susah berbanding melakukan amalan yang banyak. Sesiapa sahaja boleh puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu. Tapi.. Adakah puasa sunat yang dilakukan setiap minggu itu adalah yang amalan terbaik? Jadi, masalahnya bukan berapa tapi bagaimana. Bagaimana kita melakukan amal tersebut. Adakah dengan tenang dan zuhud atau dengan tergopoh gapah dan riak?

Intihanya, apa yang Allah mahu dari hambaNya bukanlah amalan yang banyak tetapi pincang. Apa yang Allah mahu adalah amalan yang terbaik. Terbaik dari segala sisi..

Maka, mari kita sama sama perbaiki amalan kita langsung menjadikan amalan kita sebagai ahsanu amala (amalan yang terbaik)! Kuikuikuikuikuikui *gelak*

               

Salam mujahidah dari aku :)

No comments:

Post a Comment