Thursday 10 October 2013

LOVE ♡

Bismillahirrahmanirrahim..

Cinta? Apa itu cinta?? Cinta tu rasa yang ada dalam hati yang takboleh disukat dan takboleh juga disekat.. Cinta itu asalnya dari dua sumber, iaitu dari nafsu ataupun dari Allah swt..

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri" (HR Hakim)

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu itu hadir pada hati yang kotor, sering melakukan dosa dan tidak bertaubat. Sifat2 keji yang ada pada diri tidak diusahakan untuk mengikis pergi.. Termasuk juga dalam soal cinta.. Cinta pada nafsu hanyalah diukur berdasarkan nafsu semata. Nauzubillah

APABILA BERTAUT CINTA NAFSU, MAKA LAHIRLAH BIBIT2 ZINA

Cinta nafsu itu hanyalah indah dan enak pada permulaannya, dan melibatkan penderitaan yang berpanjangan.. Memang ada cinta nafsu yang membawa kepada gerbang perkahwinan, tapi pokok soalannya, ADAKAH MEREKA BAHAGIA?

CINTA NAFSU ITU CINTA YANG AWALNYA SAYANG DAN DIAKHIRI BENCI DENGAN MUDAH

Berbeza dengan cinta yang kerana Allah. Cinta kerana Allah itu lahirnya dari hati yang ikhlas, suci dan murni. Cinta yang bukan diukur dengan pandangan manusia, tapi diukur dari pandangan Allah. Cinta seperti ini ada dinyatakan dalam hadis iaitu seorang lelaki dan sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat perlindungan 'Arasy Allah di Padang Mahsyar kelak. Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama.

CINTA YANG DATANG DARI ALLAH AKAN MNEYEBABKAN SESEORANG ITU TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA(ZINA)

Betapa sucinya cinta yang hadir semata kerana Allah. Namun cinta pada Allah tetap yang utaman dan yang paling teratas. Kemenangan cinta itu adalah apabila pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang penuh kenikmatan. InsyaAllah..

"Barangsiapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah" (HR Hakim)


*waiting for you*

Monday 7 October 2013

Tarik aku kembali....

Bismillahirrahmanirrahim.. Meski langkahku cacat dek kerana dosa lampauku.. Aku tetap takkan berputus asa untuk terus mencari dan menggapai redhaNya..

Aku mengatur langkah bertenaga ke sekolah. Aku teruja.. Di sekolah, terlalu banyak aku belajar.. Aku juga sering membuat perkongsian soal makanan rohaniah bersama rakan-rakan perempuanku.. Aku bersyukur, mereka masih menerimaku.. Meski mereka tahu, AKU PENDOSA TEGAR..

Dalam seusia muda ku.. Sudah banyak aku tempuhi. Mungkin tidak sebanyak mereka yang dewasa, cumanyaa... Apa yang ditempuhi oleh setiap mukmin itu berbeza-beza. Ujian yang datang dari Rabb itu berbeza-beza, sesuai atas kemampuan si pendosa..

PENGALAMAN MEMATANGKAN KEHIDUPAN

Sungguh! Terseerlah kebenaran dalam kata-kata penuh pengajaran itu.. Aku juga matang dari pengalaman lampauku.. Aku.. mungkin sudah bersedia.. Apa yang sedia?? PERKONGSIAN...

 *FLASHBACK*

Hidupku, tiada yang kurang.. Semuanya lengkap. Sentiasa dikasihi oleh keluarga serta orang sekeliling.. Tapi mengapa aku pilih jalan hitam?? Sedangkan jalan yang suci, bersih, lurus itu sentiasa memanggil manggil aku..

Segalanya bermula, setelah aku berkenalan dengan seorang kenalan lelaki ajnabi.. Mulanya, berteman. Akhirnya, bercinta.. Aku alpa.. Dibiarkan saja nikmat dunia menghanyutkan aku.. Aku mula melanggar larangan Allah. Apa yang diperintah, aku TINGGALKAN..

Tiada walau sekelumit pun pahala yang aku lakukan. Aku mula tersasar.. Jauh dari landasan sebenar.. Pakaian ku mula berubah. Dari yang longgar menjadi ketat, Yang labuh menjadi pendek. Segalanya berubah.. Dalam kebahagiaan dunia, masih rasa gelisah sering berkunjung di jiwa ini...

Tapi apa aku endahkan! Aku mahukan keseronokan! 

Rabb masih menyayangiku.. Ditariknya aku perlahan lahan dari kancah dosa. Diketuknya sedikit demi sedikit untuk kembali kejalanNya. Ya Allah, sungguh mulia cintaMu... Meski aku kotor, Kau masih mengutipku untuk menjadi penghuni syurgaMu...

Dalam keadaan aku jauh tersasar, Allah menitipkan seorang hambaNya buatkuu.. Sungguh, tenang melihatnya.. Aku... jatuh cinta pada segala perlakuannya. Tapi.. Apakah aku ini layak untuk mencintainya?? Aku tepis perasaan itu..

Aku kurang mengendahkan rasa cintaku buat insan yang menjadi insipirasiku. Bagiku, apa yang TERLALU PENTING, Allah MENCINTAIKU. Subhannallah, sungguh agungNya Kau.. Terima Kasih, kerana kembalikan aku kejalan yang benar. Terima Kasih atas hidayahMu.. Terima Kasih atas rahmatMu..

"Jangan asyik mengenang masa lalu dan menyalahkan kejahilan masa lalu kita terhadap dosa-dosa kita. Masa lalu biarkan berlalu, yang kita perlu fikirkan kini ialah masa hadapan kita, apa yang perlu kita lakukan dan rancangkan untuk berhadapan dengan masa dan ketika itu"

*TO BE CONTINUED*

Sunday 6 October 2013

Dimana?

Bismillahirrahmanirrahim.. Perjalananku diatas titian genting harus aku teruskan.. Demi Allah, aku gerun akan masa laluku..

Tatkala aku membelek belek tudung dihadapan cermin.. Sayu hatiku.. Mengapa... Mengapa masa laluku terus menghantui diri.. Tidak bolehkah engkau wahai masa lalu, pergi dari hidupku.. Aku merayu, izinkan aku hidup tanpa mengenangmu..

Air mata laju membasahi pipi. Aku terduduk.. Ya Rabb! Apakah perasaan ini? Masihkah aku dikotori oleh dosa-dosa besarku yang lalu? Aku mohon padaMu Ya Rahman! Hilangkanlah kegelisahan hatiku ini.. Aku tercari cari, dimana aku boleh mendapatkan ketenangan..

Entah mengapa, hatiku ini seolah dipandu oleh sesuatu.. Laju sahaja jariku ini melayari blog iluvislam. Sungguh, blog iluvislam salah satu penguat aku dikala hati mahukan jawapan. Dikala diri dirundung kekecewaan..

Aku menemui jawapannya hanya dalam sebaris ayat.

"Ketenanganmu ada pada Penciptamu. Baliklah padanya!"

Seraya itu, aku menyedari.. Aku kian jauh dari Rabb ku.. Baru aku sedar, cara menutup aurat seperti yang dituntut itu tidak cukup untuk aku mnejadi seorang yang tenang.. Aku mencari sisa kekuatan aku untuk kembali kepadaNya.. Ternyata, Dia adalah sebaik baik tempat mengadu.. 

Mulanya aku hairan, selepas aku berdoa, setelah aku mengadu pada pemilik nafasku.. Mana hilangnya rasa yang meruntun hatiku itu? Mana perginya rasa gelisah yang mendera jiwaku.. Tapi.. Perlukah aku mempersoalkan itu? *tanya hati* TIDAK! Aku tak perlu persoalkan.. Kerana hanya padaNya lah sebaik baik tempat untuk mengadu. ALLAHUAKBAR!


 *TO BE CONTINUED*

Mahkota, peliharalah!

Bismillahirrahmanirrahim... Aku meneruskan lagi langkahku yang kian pincang.. Yang serba cacat.. Diarikuu ini.. Buat tatapan umum.. 

*kisah sebenar* *aku bukan nama sebenar*

Ku biar air hujan terus membasahi tubuhku kecilku.. Apa yang telah aku lakukan.. Apakah masih diterima diriku yang hina ini?? Aku... harus berubah! Tapi.. Argh, endahkan saja..

Alhamdulillah, kini aku antara salah seorang muslimah yang memakai tudung labuh. Asalnya, tudung aku dulu hanya tipis tipis saja menutup dada.. Namun setelah aku ketahui azabnya mempamerkan tubuh.. Setelah aku tahu, akan dijilat bahagian tubuh yang tidak ditutup dengan sempurna dengan api neraka. Aku GERUN!

Sejujurnya, aku tidak tahu mengapa aku berubah. Tapi yang aku tahu, aku perlu bersyukur.. Sebelum aku bercerita lebih mengenai peribadiku.. Aku ingin menyentuh soal aurat.. Yang secara zahirnya dipandang ringan oleh manusia masa kini..

Aurat itu bermaksud menutup segala perhiasan yang hanya boleh dipertonton buat yang mahram.. Erti kata lain, DITUTUP BUKAN DIBALUT. Secara jujurnya, aku juga dahulu bukanlah seorang penutup aurat yang sempurna. Bahkan, aku merupakan salah seorang yang sering menghina si pemakai tudung labuh, si pemakai pakaian syurga..

Kini, setelah terjaga dari jahil, setelah dibangkitkan dari kebodohan. Baru aku tahu, terlalu banyaknya faedah, terlalu banyaknya kebaikan dalam menutup aurat sesuai dengan kehendak Ilahi.

Kesimpulannya ada pada gambar ini :)


Islam itu memudahkan kita.. Tapi aku sendiri tidak pasti mengapa kita mahu menyulitkannya.Cintanya aku pada sebuah kisah yang berbicara soal mulianya permata Islam..

non-muslim: Mengapa aku melihat perempuan dalam agamamu menutup seluruh tubuhnya dengan kain?
muslim: *mencampakkan gula2 yang satunya dibuka pembalut, satu lagi dibiarkan terus berbalut* Mane yang engkau akan pilih??
non-muslim: soalan apa yang engkau tanye ni. Dah tentu2 aku mahu yang berbalut.
muslim: seperti itu la kami memuliakan wanita dalam agama kami. Yang tertutup itu lebih indah. Cuba engkau lihat gula2 yang aku buka pembalutnye, dihurung semut kan.. Sedangkan gula2 yang lagi satu tu,,tidak tercemar. Indah bukan? :))
non-muslim: Kini, aku mengerti, betapa tuhanmu, agamamu memuliakan wanita

Renungkan, dan cuba fahamkann.. Yang mana lebih mulia disisi Ilahi. KITA MAMPU MENGUBAHNYA SAYANG! SUNGGUH, TIADA YANG MUSTAHIL

*TO BE CONTINUED*

Aku mampu, Kau juga mampu !

Bismillahirrahmanirrahim, dalam kelapangan ini. Aku melarikan jari jemari ku atas papan kekunci..

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa dserta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.[Al Baqarah:155]

Wahai hati, wahai diri.. sabar dan senyumlah tatkala dirimu diuji.

Aku kian mengerti, mengapa aku diuji. Sebelumnya aku sering persoalkan, mengapa aku yang dipilih sedangkan berjuta lagi manusia di muka bumi ini. Mengapa aku yang Kau pilih Ya Rabb..

Ternyata, aku diuji kerana aku dicintai oleh kekasihku, aku disayangi oleh penciptaku.. Yang Maha Kuasa enggan melihat aku dicampak ke neraka yang sentiasa meluap luap..

Wahai diri yang kian lupa, yang sering alpa.. Yang terlalu mencintai dunia.. Sedarlahh dikau,, Kerana Allah menyayangi kita, lalu dikejutkan kita dari kancah dosa. Bersyukurlah kerana masih ada rahmat, masih punya belas kasih dari Rabb kita...

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan begitu saja dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum mendapat cubaan" [Al Ankabut:2]

Berhenti mempersoal mengapa kita diuji, sebaliknya.. ucapkanlah Alhamdulillah atas tiap ujian yang dititipkan Malaikat Jibril buat kita, kerana ia tanda cinta serta kasih dari Allah Yang Maha Esa.



Aku mampu untuk bersangka baik atas aturan Allah, aku mampu bersabar atas perkara yang terjadi, aku mampu meredhai atas perkara buruk menimpaku.. JIKA AKU MAMPU, KAU JUGA MAMPU. PASTI ! ALLAHUAKBAR