Bismillahirrahmanirrahim.. Meski langkahku cacat dek kerana dosa lampauku.. Aku tetap takkan berputus asa untuk terus mencari dan menggapai redhaNya..
Aku mengatur langkah bertenaga ke sekolah. Aku teruja.. Di sekolah, terlalu banyak aku belajar.. Aku juga sering membuat perkongsian soal makanan rohaniah bersama rakan-rakan perempuanku.. Aku bersyukur, mereka masih menerimaku.. Meski mereka tahu, AKU PENDOSA TEGAR..
Dalam seusia muda ku.. Sudah banyak aku tempuhi. Mungkin tidak sebanyak mereka yang dewasa, cumanyaa... Apa yang ditempuhi oleh setiap mukmin itu berbeza-beza. Ujian yang datang dari Rabb itu berbeza-beza, sesuai atas kemampuan si pendosa..
PENGALAMAN MEMATANGKAN KEHIDUPAN
Sungguh! Terseerlah kebenaran dalam kata-kata penuh pengajaran itu.. Aku juga matang dari pengalaman lampauku.. Aku.. mungkin sudah bersedia.. Apa yang sedia?? PERKONGSIAN...
*FLASHBACK*
Hidupku, tiada yang kurang.. Semuanya lengkap. Sentiasa dikasihi oleh keluarga serta orang sekeliling.. Tapi mengapa aku pilih jalan hitam?? Sedangkan jalan yang suci, bersih, lurus itu sentiasa memanggil manggil aku..
Segalanya bermula, setelah aku berkenalan dengan seorang kenalan lelaki ajnabi.. Mulanya, berteman. Akhirnya, bercinta.. Aku alpa.. Dibiarkan saja nikmat dunia menghanyutkan aku.. Aku mula melanggar larangan Allah. Apa yang diperintah, aku TINGGALKAN..
Tiada walau sekelumit pun pahala yang aku lakukan. Aku mula tersasar.. Jauh dari landasan sebenar.. Pakaian ku mula berubah. Dari yang longgar menjadi ketat, Yang labuh menjadi pendek. Segalanya berubah.. Dalam kebahagiaan dunia, masih rasa gelisah sering berkunjung di jiwa ini...
Tapi apa aku endahkan! Aku mahukan keseronokan!
Rabb masih menyayangiku.. Ditariknya aku perlahan lahan dari kancah dosa. Diketuknya sedikit demi sedikit untuk kembali kejalanNya. Ya Allah, sungguh mulia cintaMu... Meski aku kotor, Kau masih mengutipku untuk menjadi penghuni syurgaMu...
Dalam keadaan aku jauh tersasar, Allah menitipkan seorang hambaNya buatkuu.. Sungguh, tenang melihatnya.. Aku... jatuh cinta pada segala perlakuannya. Tapi.. Apakah aku ini layak untuk mencintainya?? Aku tepis perasaan itu..
Aku kurang mengendahkan rasa cintaku buat insan yang menjadi insipirasiku. Bagiku, apa yang TERLALU PENTING, Allah MENCINTAIKU. Subhannallah, sungguh agungNya Kau.. Terima Kasih, kerana kembalikan aku kejalan yang benar. Terima Kasih atas hidayahMu.. Terima Kasih atas rahmatMu..
"Jangan
asyik mengenang masa lalu dan menyalahkan kejahilan masa lalu kita
terhadap dosa-dosa kita. Masa lalu biarkan berlalu, yang kita perlu
fikirkan kini ialah masa hadapan kita, apa yang perlu kita lakukan dan
rancangkan untuk berhadapan dengan masa dan ketika itu"
*TO BE CONTINUED*