Thursday 24 July 2014

Untungkah aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

So,kita stop bercerita pasal muslimah yang misteri tu *konon*
Sebab ada kisah yang lebih menarik untuk dikongsikan :)

Ceritanya macam ginii~
Beberapa bulan yang lepas, saya ikut kursus Bank Rakyat. Ada satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz dari Bank Rakyat tu.. So, lets begin. Panjang benoo dah muqaddimahnye ni. Hehe

"Ustaz! Saya nak bercakap sikit boleh?", tanya seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 30-an.. Ustaz pun beri laluan untuknya..

"Hoi! Sapa dekat sini yang tak kenal aku? Ha?! Sapa?!" Lelaki tadi menjerkah seluruh isi dewan. Hadirin yang lain terus diam. Tidak bersuara..

"Semua orang takut dengan aku. Aku tahu aku panas baran. Dekat office semua orang takut dengan aku. Orang bawahan aku semuanya takut dengan aku. Salah sikit ja buat kerja, aku takkan teragak agak nak lempang mereka. Aku kisah apa? Anak bini aku dirumah pun aku tangan tangankan. Inikan mereka. Yang bekerja di bawah aku.. Tapi..."

Lelaki tadi tunduk. Seperti menahan esak. 

"Tapi.. Semua itu masa lalu aku.. Allah telah melembutkan hati aku dengan sebuah kejadian yang aku sendiri tidak sangka aku aku melaluinya.."

" Ceritanya bermula apabila aku sedang dalam perjalanan pulang kerumah setalah sehari suntuk bekerja di pejabat, Penat! Kena pula jalan jem. Aku rasa marah sangat. Mudah ja kata kata hina, cacian keluar dari mulut aku.. Tapi, apa yang lebih membuatkan aku marah bila ada kereta nak "potong" kereta aku. Apa dia fikir dia sorang saja nak cepat? Aku pun nak cepat!"

"Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta tadi. Aku meminta pemandu kereta tersebut keluar"

"Ye bang? Ada apa?" Tanya pemandu tersebut.

"Aku tidak menjawab apa apa. Aku terus menumbuknya. Aku melepaskan semua kemarahan aku pada dia. Aku hina dia. Aku maki dia. Tapi dia terus diam. Tidak berkata apa apa"

"Aku penat. Aku berhenti."

"Sudah ke abang? Abang saya mintak maaf kalau ada saya buat salah pada abang. Saya kena cepat. Anak saya dalam kereta tu tengah nazak bang. Doakan anak saya"

"Aku terkejut. Aku terus melihat ke dalam kereta melalui tingkap. Seorang buak perempuan sedang nazak di pangkuan ibunya. Aku tergamam. Ketika itu aku tebayangkan muka anak dan isteri aku. Aku telah berlaku zalim! Sekelip mata Allah cuit hati aku.. Allah.. Allah.. Allah.."

"Sampai saja di rumah, aku terus peluk anak dan isteri aku dengan erat. Aku meminta maaf. Isteri aku tersenyum sambil pipinya dibasahi air mata. Aku pasti, dia sedang bersyukur"

Alhamdulillah, kini.. Aku mampu menangani masalah panas baran aku.. Terapikan hati dengan perbanyakkan istighfar, selawat dam membaca ayat ayat suci alQuran.. Apa untungnya kalau kita menjadi seorang yang baran. Yang kita dapat hanyalah kerugian..

*Sekian. Semoga bermanfaat. Dan harapannya juga agar hati hati kalian yang sedang membaca entry yang terbaru ini akan sentiasa lembut dan tenteram. InsyaAllah. Amin.

Saturday 24 May 2014

Anum Sakeena


Anum Sakeena.. Subhanallah. Indah namamu. Dan dipancarkan juga keindahan itu melalui akhlakmu.. Sungguh, aku mecemburuimu... Aku pasti bukan hanya aku, tapi semua muslimah di muka bumi ini mecemburuimu wahai Anum..


Siapa Anum Sakeena? Sampai beriya riya sangat nak cemburu ni.. Hehe.. Anum Sakeena sebenarnya salah satu watak dalam himpunan cerpen hasil karya Hilal Asyraf dalam novel Simfoni Cinta.. Novel ni Amirul Solehin pinjamkan, suruh aku baca..

                   


Wahai Anum.. Meskipun dirimu tidak wujud di alam nyata. Namun, peribadimu membuatkan aku mahu menjadi sepertimu. Walaupun dirimu sudah tahu, ajal akan menjemput bila2 masa sahaja, kau tetap mahu berjuang demi agama Allah.


Sungguh hebat bidadari ini.. Mempunyai cita2 yang besar sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.. Apa cita-citanya? Anum menghidap sejenis penyakit yang membuatkan hidupnya sentiasa bertarung dengan kematian.. Namun, beliau tetap ceria. Kehidupannya diteruskan tanpa sebarang rungutan. Malah, Anum bersyukur kerana diuji dengan penyakit maut ini..


Cita2nya hanya satu. Walaupun beliau mati, beliau mahu ada secebis dagingnya hidup dimuka bumi ini untuk menjadi pahalawan Islam. Beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh dan sangat sesuai buat dirinya.. Doktor kata Anum hanya ada 2 tahun saja. Kalau Anum mengandung, mungkin Anum takkan bertahan lebih lama. Namun, Anum tetap berkeras. Katanya, beliau tetap akan mati! Beliau tidak takut akan kematian. Untuk apa takut bila kita dijemput untuk berjumpa dengan Sang Pencinta..


Anum tabah! Dalam tempoh masa Anum mengandung, hari harinya dipenuhi dengan ibadah bersama suaminya yang tercinta.. Hampir setiap malam Anum dan suami qiamullail, setiap hari Isnin dan Khamis mereka pasti akan berpuasa sunat.. Anum mengisi masa lapangnya dengan membaca al Quran dan berzikir.. Kini, Anum baru selesai melahirkan seorang bayi lelaki.. Akibat daripada kelahiran bayi itu, kesihatan Anum semakin merosot. Anum meninggal..


#al fatihah

 
Namun, Anum telah meninggalkan harta yang sangat bernilai. Dalam usia 3 tahun, anaknya sudah lancar membaca al Quran. Apabila mencapai 5 tahun, sudah berjaya menghafal 20 juzuk al Quran. Kini, umurnya 7 tahun. Hampir kesulurah isi al Quran itu dihafalnya. Alhamdulillah.. Cita2 Anum tercapai.. Berkat pengisian yang dilakukannya semasa mengandung, anaknya kini menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kau sungguh hebat Anum Sakeena!! Aku mahu menjadi sepertimu..

Sabarlah sayang



Bismillahirrahmanirrahim. Sedar tak sedar hampir 7 bulan aku tak menjengah blog ini. Dibiarkan ia dalam keadaan usang, dan tidak berguna kepada para pembaca.Pembaca yang budiman, izinkan aku meneruskan kisah hidup seorang muslimah yang tertunda dek telalu sibuk dengan pengajianku...


Siapa sangka. Dulu dia seorang yang lupa akan Tuhannya. Namun kini, sudah mampu menghela nafas kesyukuran atas hidayah yang diberikan oleh Rabb Yang Maha Esa.. Namun, kisah hitamnya tidak pernah dia lupakan. Ini kerana dia menghargai masa lalunya.. Tanpa masa lalunya itu, mana mungkin dia akan tersedar dari lembah kejahilan. Kini, muslimah itu sudah terbiasa dengan pemakaian yang disukai Allah. Alhamdulillah...

*flashback*

Benar. Muslimah ini telah tersedar dari lena jahilnya. Namun, imannya masih lemah dan tidak kukuh. Tetapi, tiada siapa yang perlu dia persalahkan. Ini semua kerana dia! Kerana dirinya sendiri! Jangan pula dia berasa hendak menuding jari kearah insan lain tatkala dia menjadi seorang yang hina dahulu. Kini, kehidupannya sudah berubah sedikit demi sedikit. Ada yang senang akan perubahan positifnya, namun ramai juga yang mencemuh.""Argh, kau tu sekejap saja berubah, nanti nanti kau jadi balik macam dulu." Kau ni dah buang tebiat kah pakai pakaian labuh macam ni? Kau tak panas. Tak vogue la kalau kau pakai longgar-longgar macam ni" Kata-kata itu tidak pernah jemu untuk singgah di telinganya. Tapi, syukur. Dia tidak terkesan dengan cemuhan itu. Dia sedar dia perlu kuat! Demi Allah, Aku berubah keranaMu Ya Allah! Ditanam kemas kata-kata itu dihatinya. Subhanallah.


 Benar. Sabar itu antara sifat yang mulia. Bersabarlah atas setiap ujian yang dititipkan Allah buat kita, hambaNya.. Sedangkan Allah telah berfirman. Bagaimana hendak mengatakan kamu seorang yang beriman, sedangkan kamu tidak diuji. Dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Maka, dengan adanya ujian, ia dapat meningkatkan atau menurunkan tahap iman kita. Andainya kita bersabar, pasti iman kita bertambah. Andai kita tidak dapat menerima ujian dengan hati yang redha, berkuranglah iman kita. Wallahua'alam...

#Tiada hadiah yang lebih indah bagi seorang mukmin selain syurgaMu, ya Allah...