Saturday 24 May 2014

Sabarlah sayang



Bismillahirrahmanirrahim. Sedar tak sedar hampir 7 bulan aku tak menjengah blog ini. Dibiarkan ia dalam keadaan usang, dan tidak berguna kepada para pembaca.Pembaca yang budiman, izinkan aku meneruskan kisah hidup seorang muslimah yang tertunda dek telalu sibuk dengan pengajianku...


Siapa sangka. Dulu dia seorang yang lupa akan Tuhannya. Namun kini, sudah mampu menghela nafas kesyukuran atas hidayah yang diberikan oleh Rabb Yang Maha Esa.. Namun, kisah hitamnya tidak pernah dia lupakan. Ini kerana dia menghargai masa lalunya.. Tanpa masa lalunya itu, mana mungkin dia akan tersedar dari lembah kejahilan. Kini, muslimah itu sudah terbiasa dengan pemakaian yang disukai Allah. Alhamdulillah...

*flashback*

Benar. Muslimah ini telah tersedar dari lena jahilnya. Namun, imannya masih lemah dan tidak kukuh. Tetapi, tiada siapa yang perlu dia persalahkan. Ini semua kerana dia! Kerana dirinya sendiri! Jangan pula dia berasa hendak menuding jari kearah insan lain tatkala dia menjadi seorang yang hina dahulu. Kini, kehidupannya sudah berubah sedikit demi sedikit. Ada yang senang akan perubahan positifnya, namun ramai juga yang mencemuh.""Argh, kau tu sekejap saja berubah, nanti nanti kau jadi balik macam dulu." Kau ni dah buang tebiat kah pakai pakaian labuh macam ni? Kau tak panas. Tak vogue la kalau kau pakai longgar-longgar macam ni" Kata-kata itu tidak pernah jemu untuk singgah di telinganya. Tapi, syukur. Dia tidak terkesan dengan cemuhan itu. Dia sedar dia perlu kuat! Demi Allah, Aku berubah keranaMu Ya Allah! Ditanam kemas kata-kata itu dihatinya. Subhanallah.


 Benar. Sabar itu antara sifat yang mulia. Bersabarlah atas setiap ujian yang dititipkan Allah buat kita, hambaNya.. Sedangkan Allah telah berfirman. Bagaimana hendak mengatakan kamu seorang yang beriman, sedangkan kamu tidak diuji. Dalam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Maka, dengan adanya ujian, ia dapat meningkatkan atau menurunkan tahap iman kita. Andainya kita bersabar, pasti iman kita bertambah. Andai kita tidak dapat menerima ujian dengan hati yang redha, berkuranglah iman kita. Wallahua'alam...

#Tiada hadiah yang lebih indah bagi seorang mukmin selain syurgaMu, ya Allah...

No comments:

Post a Comment