Monday 30 March 2015

Kenapa Ahsanu tetapi tidak Aksaru??

Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala 'ali Muhammad..

Apa khabar pembaca budiman? Sihat? Sihat bagaimana? Hanya sekadar fizikal tetapi hati mati atau sihat keduanya? Kalau sihat keduanya, subhanallah.. MasyaAllah... Tapi kalau hanya fizikal yang sihat tetapi hati tidak; apa tunggu lagi. Bangunlah! Cuci hati tu. Clorox sikit:P

Ahsanu bukan Aksaru? Apa tu? Siapa sini belajar Lughatul 'Arabiah? Hihi aku tak :( Yang belajar tu, TAHNIAH! Baiklah.. Aksaru itu terbanyak dan ahsanu itu terbaik. Apa kaitannya? Banyak! Huhuhu. K jom mula :*

Selalu baca al Mulk kan? Sekali tafsir tak? Kkkk takpe.. Malam ni baca, belek tafsir al Mulk ayat kedua yang bermaksud

"Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" -Al Mulk 67:2

Huhu berdasarkan maksud ayat kedua dari surah yang mempunyai 30 ayat ni, para pembaca yang dirahmati Allah perasan tak dengan perkataan TERBAIK. Eh. Bukankah TERBAIK itu AHSANU?

Lihat, betapa Allah menjelaskan tujuannya menghadirkan ujian kepada manusia. Yang mahu Allah adalah Ahsanu bukan Aksaru. K setakat ni dapat tak? Jelas tak mengapa Allah gunakan Ahsanu tetapi bukan Aksaru? K takpa. Teruskan lagi pembacaan..

Kalau kita yang terbanyak itu pasti yang terbaik kan? Yang terbanyak itu dilihat lebih mulia kan?? Tapi itu kita, MANUSIA. Ini Allah..

Apaguna kalau menderma RM1000 kalau hatinya terpaksa dan tidak ikhlas?
Apaguna kalau amal yang dilakukan banyak tetapi niat hati hanya mahu riak?

            


Sekarang bagitahu.. Yang banyak itu terbaik ke?

Wahai para mujahid dan mujahidah sekalian..

Hendak menjadikan amalan itu sebagai amalan yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah.. Lebih susah berbanding melakukan amalan yang banyak. Sesiapa sahaja boleh puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu. Tapi.. Adakah puasa sunat yang dilakukan setiap minggu itu adalah yang amalan terbaik? Jadi, masalahnya bukan berapa tapi bagaimana. Bagaimana kita melakukan amal tersebut. Adakah dengan tenang dan zuhud atau dengan tergopoh gapah dan riak?

Intihanya, apa yang Allah mahu dari hambaNya bukanlah amalan yang banyak tetapi pincang. Apa yang Allah mahu adalah amalan yang terbaik. Terbaik dari segala sisi..

Maka, mari kita sama sama perbaiki amalan kita langsung menjadikan amalan kita sebagai ahsanu amala (amalan yang terbaik)! Kuikuikuikuikuikui *gelak*

               

Salam mujahidah dari aku :)

Sunday 29 March 2015

Hakikat.

Bismillahirrhmanirrahim..
Allahumma solli'ala Muhammad, wa'ala 'ali Muhammad..


Lagi jari aku pantas menekan punat keyboard. Tapi tak lah sepantas si keyboard warrior yg mampu mencecah 280km/j. Biarlah. Biarlah dia laju sehinggakan tidak sedar kelajuan telah menguasai dirinya.



Tak apa. Perlahan lahan. Tekanlah punat dengan tenang. Satu per satu. Fikirkan dahulu ayat yang mampu menjadi pembela kita di akhirat sana.



Muqaddimah yang panjang? Tak apa. Kita bermadah dulu :P



Hakikat. Terlalu banyak hakikat dalam dunia ni. Bukan dalam dunia, malah di galaksi juga. Apa itu hakikat?



Kebenaran. Yup. Itu hakikat. Itu kebenaran. Yang kita tempuh dari hari ke hari. Ia hakikat. Bukan mimpi. Bukan fantasi. Eh cop! Nak selit sikit. Jangan terlalu banyak berkhayal, nanti jin jatuh hati. Ayuuuuuuutttt!!



Sekarang, jelas ditubir mata kita yang ada terlalu banyak hakikat. Apa yang aku nak ketengahkan  bukan hakikat jodoh atau cinta. Tapi hakikat insan. Insan yang berasa dirinya bagus. Konon!



Aku pernah melewati saat diri dipandang hina. Sehingga sekarang masih ada dua pasang mata yang tak tertanggal dari tubuh aku dengan pandangan yang hina. Kisah pulak aku :P



Pembaca yang budiman, nak tanya ni. Bolehkan? Hihi jangan lupa jawab ya soalan aku :P



Kita ni siapa yang nak berasa gah?

Kita ni siapa yang nak memadang orang lain dengan pandangan hina?
Bagus sangatkah kita?
Tinggi sangatkah ilmu?
Sedar tak, kita cuma hamba yang lemah?

              


Hurm... kita cuma hamba yang hina.You know what is hina? Dont know? K let me tell you. Baca betul2. Hina ni tak da apa apa. LANGSUNG TAK ADA APA APA. ILMU TAKDA, HARTA TAKDA, SEMUA TAKDA. 



Jadi, pemilik diri kita ialah Allah.

Pandangan yang mulia yang pantas kita dapatkan pandangan Allah.
Bagusnya kita bila ada Allah dihati.
Ilmu kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan ilmu Allah yang terlalu luas.


Jelas tak? Tanpa Allah kita hina. Kita takda apa apa. Kita sama ja semua! Boleh jadi orang yang hang hina tu nanti lagi cepat masuk syurga berbanding hang. Hurmm paham tak point aku? Jadi.. Tolonglah. Ubahlah pandangan mata tu. Hakikatnya, tanpa Allah kita bukan sesiapa.



Pembaca yang sentiasa dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah..



Kalau kita dipinjamkan ilmu yang sedikit tu. Kongsilah dengan saudara seIslam yang lain. Gapailah tangan sahabat sahabat kita untuk bersama sama ke syurga. Jomlah rehat disyurga bersama sama. Tak apa lah.. Perlahan lahan lah bangkitkan diri. Sedarlah bahawa hakikatnya kita bukan sesiapa tanpa Allah. Itu lah hakikat sebenar. Hakikat yang telah ditetapkan dari azali. Yang juga tak akan berubah sampai bila bila.


               


Salam mujahidah dari aku :)


Saturday 28 March 2015

Bulatan Gembira -HAURA JANNAH-

Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli'ala Muhammad, wa'ala 'ali Muhammad.


Tahun 2015 dah masuk. Dah bulan 3 pun. Banyak benda yang terjadi. Bagi aku, tahun 2015 bermula segalanya. Susah senang. Pahit manis. Yang bestnya, aku hadapi semua tu dengan matang. Maaf. Terlajak intro. Hihi..



Fuh.. Nervous. Dah lama tak bertarung dengan keyboard. Dah lama keyboard menyepi.. Bukan apa. Aku dalam tempoh muhasabah. 



Pernah tak rasa sunyi hati? Rasa gersang sangat. KERINGGGGG!! Pernah tak? Huhuhu. Aku selalu.. Sebenarnya, hati tu sunyi, hati tu kering sebab jauh dari Allah. Quran jarang selak. Zikr apatah lagi. Eh.. Teringat sesuatu. Huhu.. Izinkan aku flashback ye..


-BULATAN GEMBIRA-

Bulatan gembira ni sinonim dengan keluarga usrah, geng usrah, emm memacam la yang berkaitan dengan perkongsian ilmu yang berkaitan dengan perihal keagamaan. Dulu, aku pernah gelap. Gelap masa lalu. Hitam. Legap. Tak ada cahaya yang dapat tembus.

              

Tapi alhamdulillah. Akhirnya ada satu sinaran yang dapat menembusinya. Namanya sinaran hidayah. Yang diberikan khas oleh Allah kepada aku. Biasalah. Mula mula hijrah, merangkak teruk. Taktahu nak gapai mana. Taktahu macam mana nak mula. Yang parah, ada terasa nak balik ke zaman hitam tu.. Alhamdulillah. Sekali hidayah menyapa hati, terasa kembali kuat! 

Masa aku scroll2 twitter, baca2 tweet. Tiba2 terbaca tweet sorang encik ni. Promote group usrah. Aku rasa sebak. Kenapa sebak? Aku menangis. Kenapa menangis? Subhanallah, masa tu aku sebak, aku nangis sebab rasa bersyukur sangat. Allah bantu aku! Dalam 2-3 mins aku fikir punya fikir. Aku buat keputusan untuk join.

Group usrah pertama yang aku masuk. Group usrah pertama yang aku kenal. Subhanallah.. Ilmu ahli2 group tu tinggi! Admin dia flexible dan alhamdulillah sampai sekarang jadi bestie aku. Kitorang rajin buat quiz. Aku paling respect Fadzliza. Dia muda dari aku tapi subhanallah, ilmunya lebih dari aku. Bila aku berdamping dengan diorang. Hati rasa sejuk. Mereka mengingatkan aku kepada Allah. Lazimkan al mulk. Selawat. Amalkan sunnah. Alhamdulillah. Selangkah kita mendekati Allah, Allah hadirkan ramai insan untuk menguatkan kita..

Kepada Min yang kusayang, terima kasih sebab sudi terima maryam dalam hidup min dan keluarga usrah yang lain.

-DAH HABIS FLASHBACK :p-

Wahai wanita solehah..

Saat dirimu tercari cari hidayah. Saat dirimu tergapai gapai mencari hakikat Islam. Jangan berputus asa. Teruskan mencari! Jangan pernah lelah mencari ilmu. Ingat pesan Rasulullah SAW, carilah ilmu walaupun sehingga negeri China. Jangan pernah lupakan Allah. Sesungguhnya, dengan megingati Allah, hatimu menjadi tenang. Teruskan bermujahidah.  Bila rasa gelap, bila rasa gersang. Lazimkan qiamullail. Dekatkan diri dengan Allah. Semoga syurga milik kita semua. Syurga Firdausi insyaAllah! Jumpa disana. Salam mujahidah dari aku :)