Sunday 29 March 2015

Hakikat.

Bismillahirrhmanirrahim..
Allahumma solli'ala Muhammad, wa'ala 'ali Muhammad..


Lagi jari aku pantas menekan punat keyboard. Tapi tak lah sepantas si keyboard warrior yg mampu mencecah 280km/j. Biarlah. Biarlah dia laju sehinggakan tidak sedar kelajuan telah menguasai dirinya.



Tak apa. Perlahan lahan. Tekanlah punat dengan tenang. Satu per satu. Fikirkan dahulu ayat yang mampu menjadi pembela kita di akhirat sana.



Muqaddimah yang panjang? Tak apa. Kita bermadah dulu :P



Hakikat. Terlalu banyak hakikat dalam dunia ni. Bukan dalam dunia, malah di galaksi juga. Apa itu hakikat?



Kebenaran. Yup. Itu hakikat. Itu kebenaran. Yang kita tempuh dari hari ke hari. Ia hakikat. Bukan mimpi. Bukan fantasi. Eh cop! Nak selit sikit. Jangan terlalu banyak berkhayal, nanti jin jatuh hati. Ayuuuuuuutttt!!



Sekarang, jelas ditubir mata kita yang ada terlalu banyak hakikat. Apa yang aku nak ketengahkan  bukan hakikat jodoh atau cinta. Tapi hakikat insan. Insan yang berasa dirinya bagus. Konon!



Aku pernah melewati saat diri dipandang hina. Sehingga sekarang masih ada dua pasang mata yang tak tertanggal dari tubuh aku dengan pandangan yang hina. Kisah pulak aku :P



Pembaca yang budiman, nak tanya ni. Bolehkan? Hihi jangan lupa jawab ya soalan aku :P



Kita ni siapa yang nak berasa gah?

Kita ni siapa yang nak memadang orang lain dengan pandangan hina?
Bagus sangatkah kita?
Tinggi sangatkah ilmu?
Sedar tak, kita cuma hamba yang lemah?

              


Hurm... kita cuma hamba yang hina.You know what is hina? Dont know? K let me tell you. Baca betul2. Hina ni tak da apa apa. LANGSUNG TAK ADA APA APA. ILMU TAKDA, HARTA TAKDA, SEMUA TAKDA. 



Jadi, pemilik diri kita ialah Allah.

Pandangan yang mulia yang pantas kita dapatkan pandangan Allah.
Bagusnya kita bila ada Allah dihati.
Ilmu kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan ilmu Allah yang terlalu luas.


Jelas tak? Tanpa Allah kita hina. Kita takda apa apa. Kita sama ja semua! Boleh jadi orang yang hang hina tu nanti lagi cepat masuk syurga berbanding hang. Hurmm paham tak point aku? Jadi.. Tolonglah. Ubahlah pandangan mata tu. Hakikatnya, tanpa Allah kita bukan sesiapa.



Pembaca yang sentiasa dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah..



Kalau kita dipinjamkan ilmu yang sedikit tu. Kongsilah dengan saudara seIslam yang lain. Gapailah tangan sahabat sahabat kita untuk bersama sama ke syurga. Jomlah rehat disyurga bersama sama. Tak apa lah.. Perlahan lahan lah bangkitkan diri. Sedarlah bahawa hakikatnya kita bukan sesiapa tanpa Allah. Itu lah hakikat sebenar. Hakikat yang telah ditetapkan dari azali. Yang juga tak akan berubah sampai bila bila.


               


Salam mujahidah dari aku :)


No comments:

Post a Comment